Wednesday, July 20, 2011

Solat Sunat Tasbih

Solat sunat Tasbih di lakukan sebaik-baiknya 1/3 malam. Tasbih 300x untuk satu sembahyang. Lafaz tasbih

Bacaan tasbih itu ialah :

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar"

Terdapat 2 cara sama ada waktu siang dilakukan 4 rakaat satu salam. kalau waktu malam 4 rakaat 2 salam, dua rakaat untuk setiap satu sembahyang.

cara sembahyang

1. Niat sembahyangأصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala

2. Surah2 yang baik dibaca selepas al-Fatihah (sumber : http://hafieyza.tripod.com/tasbih.html)

pilihan 1
Rakaat pertama: Surah Yassin
Rakaat kedua: Surah Al-Waqiah
Rakaat ketiga: Surah Ad-Dukhan
Rakaat ketiga: Surah Al-Mulk

pilihan 2
Rakaat pertama; Surah ad-Dhuhaa
Rakaat kedua: Surah Al-Insyirah
Rakaat ketiga: Surah Al-Kausar
Rakaat keempat: Surah Al-Nashr

pilihan 3
Rakaat pertama: Surah Al- Zilzaal
Rakaat kedua: Surah Al- 'Addiyaat
Rakaat ketiga: Surah An-Nashr
Rakaat keempat: Surah Al-Ikhlas

3. cara mengerjakan solat (waktu malam)

di setiap rakaat - 75x
1. selepas bacaan surah - 15x
2. rukuk - 10x
3. iktidal - 10x
4. sujud - 10x
5. duduk di antara 2 sujud - 10x
6. sujud -10x
7. sebelum berdiri selepas sujud - 10x

di ulang 1-7 pada rakaat seterusnya.